Pages

Mehhh la click

Wednesday, January 12, 2011

Prestasi n Sogo member sale



Esok ada mesyuarat prestasi n audit plan.. ermmm korang rasa brapa markah bos iza bg yekk.


tahun lepas dapat la merasa naik pentas jd penerima anugerah khas, maybe tahun ni tak dapat kot tp kalau ada rezeki alhamdullilah.


Tp yg iza malas nak ambik minit mesyuarat harr harr harr masih fail lg, jom kita ambik kursus minit mesyuarat tahun ni.


esok nak pegi sogo nak window shopping (pitis takdela-hujung bulan) kita tgk2 je la.

Korang sanggup makan tak...*18sx*

Teknologi jepun nie kan selaras dgn makannya yg hebat, terbaru coklat nie. maiii aii ganasnya, kalau iza tak sanggup ooooooo ermmm gelinya. dah macam sendiri punya pun mau makan kaa...

Pilih korang suka yang mana

spentot pun ada

sila2 jgn malu

maiii hitamnya tut

yang ini tak bole blah.....


*p.s: Abg borakkosong, iza copy yekkk jgn mare

Hari ni kisah saya!!!!

Masa ni saya baru je kuar dari oven.... panas panas lagi, saya tak suka keluar normal. saya suka keluar ikut tingkap harr harr harrr, ibu saya ckp masa saya dalam perut saya nakal sngt suka tendang n bergerak lasak dalam perut sampai senget perut ibu saya dibuatnya.


mak tok selalu tanya bila saya nak keluar, mak tok tak sabar2 tau, asyik bising dkt ibu bila saya nak keluar. Tok wan saya lagi hebat siap suruh ibu pegi operate dkt damai sbb tak sabar nak tgk saya. Saya kan cucu kesayangan mak tok n tok wan.


Saya suka duduk dalam perut ibu sampai tak nak keluar dlm perut ibu, ibu suka makan sedap2 dan saya pun suka makan. doktor paksa saya keluar dlm perut ibu tak sukanya, sbb doktor kat saya dah lebih hari dlm perut ibu dan sya suka termakan poo poo saya sendiri (nampakkan saya suka makan.. poo poo saya sendiri pun saya makan) nasib baik tak jadi apa2.


Bila saya keluar lihat dunia yang indah lagi permai nie, ibu ckp saya kuat nangis siap panggil makk.... makk.... makkk.... doktor yg sambut saya pun ejek saya makk.. makk,. makkk... takpe doktor ada ubi ada batas.. harr harr harrr...



Saya suka bangun tgh mlm kacau ibu saya, ibu saya lapar nak susu nasib baik saya rajin. kalau ibu saya malas mcm saya n ayah saya, mesti saya kelaparan yang amat sgt.

Ibu irfan sayang dkt ibu tau, irfan kan anak ibu, ibu kenalah layan irfankan..(Yealah tu)



Ramai org kata muka saya sama mcm paksu n tokwan, takpe hensem nanti dpt ramai awek (bolehkan ibu) harr..harr..harr *ibu suka tau buat gelak jahat mcm nie - nanti marak acik ita*




Ini saya skrg cheeky tak muka saya, ibu ckp muka budak nakal yang comot. saya suka makan kentang n ayam KFC punya tulang, ibu suka tau tak bagi isi kat saya, saya kan budak nakal yang comot, saya rampas je kat tgn ibu bila ibu nak makan. tak pun saya korek dalam mulut ibu *padan muka ibu*



Ok ibu ifran kata sudahla...ibu nak buat keje


Thursday, January 06, 2011

Suka Makeup, bersolek walaupun tak comei!!!!

iza suka makeup ertikata melawa, walaupun kulit iza tak putih tak cerah cuma hitam manis iza suka melawa. Cuma lepas bersalin je kurang sikit nak melawa maybe penat n kelam kabut dengan anak nie.
Buat masa ini takde enrty n gambar utk dimasukan, bila tah nak pergi loywat nak beli kabel utk hp. nanti dah ada kabel iza buat entry makeup. bole la skit2

Wednesday, January 05, 2011

Alas Seterika Ajaib mehh aaa beli!!!! murahh!!!

ALAS STERIKA AJAIB –Kerja Menggosok Pakaian Kini Lebih Mudah!

Memperkenalkan produk yang kian laris di pasaran, buatan Malaysia & bumiputra.
Dengan Alas Sterika Ajaib, kerja menggosok pakaian kini lebih mudah!
Hanya perlu gosok pada satu bahagian, dan bahagian belakangnya akan sedia tergosok! Sungguh mudah bukan?

Saya yakin pasti ramai yang mengeluh apabila tiba waktu perlu menggosok pakaian terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah. Pasti banyak pakaian yang perlu digosok dan akan memakan masa berjam-jam untuk menyiapkannya. Kini dengan menggunakan alas ini masa menggosok pakaian boleh dijimatkan, disamping menjimatkan tenaga eletrik dan tenaga manusia juga!

Kita sedia maklum, dipasaran sekarang terdapat banyak sterika eletrik yang boleh menggosok pakaian dengan mudah, ada antaranya boleh menggosok secara berdiri dengan pakaian masih tergantung pada hanger. Menarik, bukan? Tapi harganya sudah pasti bukan murah, malahan andainya terjatuhlah sterika itu, boleh juga menyebabkan kerosakan. Dah la mahal, rosak pulak.. Untuk yang berduit, bolehlah beli lagi, tapi untuk yang kurang duit macam saya ni… Nak beli satu pun fikir banyak kali.. Akhirnya kita terpaksa kembali kepada cara lama, menggosok menggunakan iron board.

Dengan adanya Alas Sterika Ajaib ini, kita, TIDAK PERLU sterika mahal untuk menggosok pakaian, cukuplah sekadar yang termampu. Malah, kita dapat JIMATKAN masa, eletrik, dan tenaga manusia! Alas ini juga tidak mudah rosak atau terbakar (jangkahayat panjang – saya telah menggunakan 2 keping alas dalam tempoh masa 4 tahun). Dengan harga serendah RM29.90, kita boleh menggunakannya untuk satu jangkamasa yang agak lama. JIMAT bukan?

Lihatlah demo Alas Seterika Ajaib kami di bawah ini;

DEMO PRODUK




Anda boleh mendapatkan produk tersebut dengan harga
RM29.90 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran). Berminat?
Hubungi kami di : 012 3963792
@ email : cnieza@yahoo.com

Dua Jejaka yangku sayangi

Irfan skrg dah 9 bulan 3 minggu 1 hari, semakin cerdik, nakal n selalu buat ibu n mak tok serta ayah dan tak dilupai tok wan geram. Ada je perangai baru yang hendak dibuat macam hal, anak ibu masih belum bole merangkak cuma tahu mengesok n nak berjalan je.

takpe irfan pelan2 ibu tak marah geget je, ibu sayang sgt kat irfan

B sayang kat Mr. Azo keje elok2 cari duit byk2 B mau rantai emas besar sebesar rantai basikal

Tuesday, January 04, 2011

Kenanganku bersama Arwah!!!!!!!!!!

Setiap malam, setiap waktu, setiap masa iza selalu teringat kenangan iza bersama best friend iza Nor mala binti Zaid yang lebih dikenali sebagai mimi atau mala dikalangan kawan iza. Iza terlalu rindukan arwah, kekadang terbawa dimimpi. Arwah mala selalu bersama iza masa iza bujang dulu tp bila iza dah kawin masa pergaulan iza dgn mala terbatas yeala dah bersuami.
iza rindukan gelak ketawa arwah, iza selalu meraba mala nie kekadang selalu kena marah tp seronok dgr dia menjerit. arwah mala meninggalkan iza dan keluarganya pada bulan 2 2010 masa tu iza tengah sarat mengandung. Terkejut iza mendengar hp iza berbunyi jam 4.30pg menyata mala dah meninggal. Menangis tak terkata la, arwah mala dah lama sakit cuma dia tak nak tunjuk sakitnya dkt org.
Mak arwah ckp arwah tak sabar nak tgk anak iza, jap ekkk nak lap air mata abis makeup iza. Iza terkilan masa arwah tenat dia tak nak pun ckp kat iza, iza nak tgk dia kali terakhir dah lama tak jumpa, jumpa pun masa iza mengandung yang pertama sebelum iza gugur. Mala aku rindu kat kau sangat, aku dah tak kawan rapat boring la tak kawan selalu sms n misscall aku.
Iza tak dpt tgk arwah mala dikapankan, keadaan iza tak mengizinkan. Mak pun tak kasi g kubur dan terlampau sarat................... Iza rindu sangat kat Mala

Masa nie kat Pulau Jerejak

Kita kan pasangan couple mestila tido sekhemah


Masa iza tunang



Menemani makeup kawin




Walaupun di bilik pengantin



sentiasa mengambil berat


Jalan elok iza "Aku SAYANG kat kau"


Aku pun SAYANG kat kau jugak Mala

Pembuka Bicara Tahun 2011

Lama juga iza tak berblog, banyak nak cerita dkt blog. Macam mana nak mulakan yea yekkk. dah lebih setahun iza tak buka blog sendiri bukan lupa password atau user tapi tak larat nak buka pada tahun 2010 kerana jeng jeng jeng iza hamil.

Selepas iza gugur pada tahun 2009 iza pernah buat entry yang iza kena sakit tulang belakang dan kencing kotor, Masa tu period dah lewat tapi ingat kan mengandung tapi check rupanya kena kencing kotor. Tapi iza redha bukan rezeki lagi, Masa tu Pn. P pun belum tiba lg. So iza tunggu, tunggu punya tunggu siap makan ubat tahan sakit. Masa tu memang sakit belakang yang kronik terpaksa la makan. Iza pun buat urine test, aiiikkkk suspen n berdebar masa tu di pejabat sekali keluat 2 line yang tak terang. terkezut n terus call Mr. Azo ckp iza mengandung.

Mr. Azo says syukur Alhamdullilah rezaki anak cepat, pastu rahsia dari mak n family. Wahh konon tak nak ckp, bak kata org naluri mak nie kuat bila tahu anak nya mengandung. Tgk muka je dah tahu muka sememeh lah, dengan loya, muntah, tak nak makan, kuat tido hukhuk huk mr. azo ckp dah rupa ular sawa selalu tido je n yang paling leceh tak bole tgk pc n camera mesti pening n nak muntah. tu yang gambar mrngandung takde dalam kamera n hanphone.

Cukupla yek entry pembuka bicara 2011 nie, terpanjang la plak. Esok-esok iza samb.