Pages

Mehhh la click

Wednesday, June 24, 2009

Sakit Belakang!!!!!!!!!!! :(


ubat-ubatan yang telah dibagi oleh doktor hensem huhuhuhu jenuh nak makan nie.
peneman setia tiap2 malam hik..hikk...hikkk
Sudah seminggu iza mengalami sakit belakang di bahagian pinggul, errmmm salah urat rasanyer. Tiap2 malam Mr Azo mesti kena urut pinggang iza nie aduhh kejang dong, kejang yang tak bole tahan. iza terpaksa mengambil keputusan untuk ke pusrawi, rupa2nye jeng jeng jeng iza mengandung huhuhuhu seronok kan kalau dengar keputusan macam tu. Rupa2nya kencing iza kotor, kena jangkitan bakteria, belum ada rezeki kot nak mengandung balik takpe iza bole tunggu. Sayang jom malam nie, amboi korang ingat apa jom tengok citer tranformer huhuhuhu.
Wanita memang mengalami masalah kencing tak lawas kan, ermm nak buat macam mana dah namanya wanita. Tension betul, iza ingat kan iza sakit belakang krn mendokong budak sihat umur baru 1 tahun tapi keberatan dan kesihatan badan nye 12 kilo mau tak sempot den ngan mak den mendukung untuk mandi n bawa keluar jalan. Balik ni iza nak peluk budak comel nie kuat2 geram n sayang sangat kat dia.

nie budak comel yang iza geram kan tu

Wednesday, June 17, 2009

Jeng...Jeng....


Tak sabar nak tgk......... 24 Jun nie huhuhuhuhuhu

Jamu mak Dara



Jamu Mak Dara iza ingatkan gaji nie iza nak beli jamu mak dara nie la, lepas gugur iza ada masalah keputihan dan kegatalan...... korang rasa ok ke jamu mak dara nie... takpe bagi iza cuba dulu, kalau iza makan ok nmacam anak dara masa ada dedara tu pun dah kira ok la..... uiiikkk takut mr Azo cari lain la...aduhhhhh mintak simpang...


Ramai wanita bimbang apabila mengalami masalah longgar dan kemutanyang tidak sehebat seperti dipersembahkan malam pertama. Ditambahpula dengan masalah faraj yang banyak mengeluarkan air. Ia pasti sesuatuyang menakutkan...bukan apa bimbang akan persembahan yang tidakcengkam buat santapan si suami. Silap hari bulan, si suami akan mencariyang lebih muda dan bergetah....

Masalah longgar dan faraj berair, bukanlah sesuatu yang baru dikalangan kaumwanita.Ia sebenarnya perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata.Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual danmenimbulkan masalah dalam rumah tangga. Lantaran itu, setiap wanita perlu bijak mengawal keadaan dan berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan, agar si suami tidak mempunyai alasan untuk membuka cawangan baru. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana kiniterdapat banyak produk di pasaran yang boleh mengembalikan keceriaanhubungan seksual dan kebahagiaan rumah tangga.


Jamu Mak Dara adalah antara produk yang cukup berkesan. Iadiperbuat daripada 32 jenis herba terpilih daripada gabungan 2 negaraiaitu India dan Indonesia. Jamu ini mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya merapat dan mengetatkan faraj yang longgar,mengurangkan air pada faraj dan menghilangkan bau yangkurang menyenangkan. Bukan itu sahaja ia juga bertindakbalas dalam merapat dan menaikkan peranakan ke tempat asal,menguatkan kemutan faraj, mengembalikan kesempurnaan hubungan, meningkatkan tahap keghairahan dan memulihkanlemah nafsu syahwat, mengatasi masalah keputihan. selain itu,ia juga bertindak mengembalikan tenaga zahir dan batin sepertikeletihan. Bagi wanita yang baru melahirkan anak, eloklah diamalkan pengambilanJamu Mak Dara pada hari ketujuh dalam pantang. Amalan ini dapatmengembalikan tenaga, menegangkan otot2 yang kecut, menyembuhkanluka bersalin, memulihkan dan menyempitkan lagi faraj dan mengecutkanrahim. Jamu ini juga boleh melangsingkan tubuh wanita dan mengatasimasalah haid seperti senggugut dan pusingan haid yang tidak teratur.Ia juga bukan sahaja mencantikkan tubuh malah mencantikkan kulityang tidak bermaya

*****************************************************************************************************
TAWAN SUAMI DENGAN JERAT SEKSUAL

Wanita pun pasti tidak sanggup bertahan jika suami punya hobi yg suka berpoya-poya. Lebih baik hidup sendiri daripada bersama suami yg bersikap demikian. Kehadiran isteri disisi adalah untuk dihargai dan bukan untuk dilukai hatinya. Bagi isteri yg mempunyai pasangan hidup yg memiliki sikap begini, ada cara yg boleh dilakukan untuk menghentikan sikap buruk suami. Salah satu caranya adalah dengan seks.

Seks adalah SALAH SATU punca mengapa lelaki yg berfoya-foya. Ketidakpuasan dgn layanan isteri menyebabkan mereka yg kurang iman ini kecewa dan bertindak mencari kepuasan diluar. Jadi daripada duduk bersabar menghadapi kerenah suami yg sebegini, apa kata anda praktikkan perkara berikut.

1) Berilah pengertian - Anda harus bersikap penuh kasih sayang terhadap dirinya, menyayanginya, lebih mengambil berat, merendah diri, memberi pemahaman, ramah, mesra, membelai manja dan melakukan perkara yg seeloknya dilakukan oleh seorang isteri.Di samping itu selitkan juga akan tanggungjawabnya sebagai suami dan terangkan setiap perbuatannya akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat kelak dan mungkin akan memberi kesan terhadap anak2nya nanti.

2) Sedia melayani - Setiap kali suami "menginginkan"jgn sesekali menolak. Bila perlu tawarkan sahaja kepadanya nya ut melakukan aktiviti seksual. Apa salahnya!! Anda berdua suami isteri yg sah. Jangan menolak kehendaknya walau ketika itu anda kurang bernafsu adan kurang mood utk seks. Usahakan utk membangkitkan ghairah secara perlahan-lahan. Pokonya anda harus bersedia melayan kehendaknya setiap masa.

3) Tampil Ghairah - Pakai dan tampillah dgn sesuatu yg boleh membangkitkah ghairah suami. Misalnya dgn berpakaian tipis sehingga lekuk2 tubuh dapat dilihat dgn jelas. Suami mana yg sanggup meningggalkan rumah bila melihat isteri dalam keadaan sedemikian. Sekiranya perlu pamerkan aksi2 menggoda dihadapan suami suapaya dia bernafsu dan ingin bermesra. Nescaya suami tidak langsung mempunyai hasrat utk berfoya-foya di luar.

4) Agresif - Peranan aktif seorang isteri yg punya suami yg suka berfoya-foya di luar memang sgt penting. Setiap kali berhubungan, anda harus lebih aggresif dan menampilkan sesuatu yg baru supaya suami tidak bosan dan puas hati. Layanilah suami anda hingga menimbulkan kesan yg menggembirakan dirinya .

Kesihatan Ku Adalah Kecantikan Ku.Kesihatan Dalaman Yang Menyerlahkan Kecantikan Luaran.Jangan lupa bersama JAMU MAK DARA untuk meningkatkan prestasi anda.




Nanti iza bole jadi seksi macam nie kan....pehhhhhhhh











kwanggg....kwangggggg.......seksi gitu!!!!!!!!!!!!!!

aaahhhhhh!!!!!!!!!!!!!! Stresss.........

Iza kuat makan la sekarang nape tahhhh.... lepas gugur nie nafsu makan bertambah, bagai dipam-pam........ Mr Azo pun tak bole buat apa....... iza ingat kan nak makan jus mate5, korang rasa ok tak.......

Tuesday, June 09, 2009

Syurga Di Bawah Tapak Kakinya

Mak merenung jauh. Melihat nasib tuanya. Hatinya sungguh sayu. Sekiranya aruah ayah masih hidup, sudah pastilah bukan sekarang ini galur hidup mak. Dari luar jendela, mak memandang jauh ke rumah Opah, rumah emak mentuanya. Rumah yang dulu begitu usang akhirnya menjadi sebuah rumah idaman yang besar dan selesa. Mak membandingkan antara rumahnya dengan rumah opah. Samakah situasinya? Hatinya tertanya-tanya. Apa bezanya. Hatinya kian bercelaru.

Teringat mak akan dikala pinangan dari bakal suaminya. Dia tidak pernah terlintas untuk merasakan bahawa hidupnya selesa dan mewah maklumlah aruah ayah adalah seorang guru. Mak tak kenal langsung siapa bakal suaminya itu. Apa yang dia tahu, pada waktu seusia begitu, dia sudah boleh dicapkan sebagai anak dara tua. Rakan-rakan sebaya dengannya semuanya sudah beranak pinak. Kakaknya sendiri sudah tiga orang anaknya. Jetun, kawan baiknya juga dah dua orang anaknya. Mak? Baru sahaja mencecah usia 20 tahun barulah ada orang yang masuk meminang. Bukannya apa sebabnya sebelum ini Mak begitu sibuk dengan pelbagai kemahirannya sebelum disunting orang. Bukan salah mak juga, aruah atuk juga yang berkeinginan menghantar mak untuk belajar memasaklah, belajar menjahitlah dan sebagainya. Atuk hendak anak perempuan bongsunya ini jadi seorang wanita yang serba boleh. Begitulah impian aruah atuk. Mak akhirnya disunting oleh bukannya orang lain. Anak saudara Naib Tok Kadi Mukim ini juga. Siapa tak kenal keturunan Tok Naib (gelarannya) di mukim ini. Keturunan orang alim-alim dari Batu Bara. Siapa tak kenal keturunan itu, alamat tak kahwinle sampai ke tua gayut.
Mak memerhatikan dari kejauhan ini, berbalam-balam rasanya kesepian hatinya. Ayah telah lama pergi meninggalkan mak keseorangan untuk meneruskan hidup ini. Mak tidak dapat membayangkan kesepian hidupnya biarpun selama 23 tahun mak belum pernah mengalaminya. Kadang kala mak menangisi akan kesepian yang melanda hati kecil ini. Pernah mak menyalahkan takdir yang memisahkan kasihnya dengan orang yang amat disayanginya itu. Mak selalu merasakan kekosongan hidupnya tanpa ayah di sisi. Kesepian itu benar-benar mengugat kesetiaannya kepada jiwa yang turut bersemadi di dasar tanah itu. Sekiranya dulu mak merelakan pemergian ayah tapi kini hati kecilnya seringkali tertanya-tanya kenapa ayah mesti meninggalkan dia keseorangan di dunia ini. Keseorangan dengan dikelilingi oleh anak-anaknya yang tidak pernah ingin mencurahkan kasih sayang mereka kepadanya. Mak benar-benar kesepian ibarat tunggul kayu di hutan belantara. Ada anak seramai tujuh orang pun dia merasakan macam dia langsung tidak pernah melahirkan apa-apa zuriat ke atas muka bumi ini. Adakah salah mak mendidik mereka? Apakah mak selama ini telah tersalah menyuapkan mereka makanan yang tidak berkat ke dalam tembolok mereka? Mak berkira-kira bahawa selama ini apa yang tidak cukup yang telah dia curahkan kepada anak-anaknya itu. Habis segala harta pusaka bonda mak dipajak dan digadai semata-mata untuk melihat anak-anaknya hidup senang di kemudian hari. Mengharap gaji ayah sebagai seorang pendidik yang tidak seberapa dalam menanggung anak yang seramai tujuh orang sememangnya tidak pernah mencukupi. Maklumlah bukan sahaja anak yang seramai tujuh orang ini sahaja yang aruah ayah tanggung bahkan adik-adik tiri ayah yang seramai 10 orang lagi juga perlu ayah tanggung persekolahan mereka. Menitis air mata mak ke bumi. Mak segera menyeka air matanya dengan hujung tangan baju kurung kusamnya itu. Sejurus itu mak rasakan bahawa mak tersalah memilih kehidupan ini. Kenapa kehidupannya penuh dengan kesengsaraan. Penderitaan dan kesedihan. Menitis lagi air mata mak. Gugur dan jatuh ke bumi. Berkata hati kecil mak kenapalah kehidupannya tidak seperti Hajah Gayah, Makcik Besah dan jiran-jiran yang lain. Sekurang-kurangnya ada juga anak-anak mereka yang masih sudi untuk mengetahui sakit pening orang tua mereka. Tidaklah terasa terbuang dan terasing sungguh seperti dirinya ini.
Entahlah dalam sehari mak sukar untuk mengerti kenapa hati tuanya kian terusik. Begitu mudah untuk tersentuh dan akhirnya air matalah menjadi temannya. Anak-anak mak semuanya berjawatan besar. Semuanya berpendidikan besar. Semuanya kahwin dengan orang besar-besar dan apa yang mak tahu ialah sekarang ini semua anak-anak mak tu semuanya berhidung yang kekayaan. Memandang mak bagaikan satu kehinaan. Mak memang terasakan kehinaan diri tuanya ini amat dibenci oleh anak dan juga menantunya. Mak beranggapan bahawa tidak semua anak mak akan bertindak sedemikian. Mak beranggapan bahawa Usu tidak mungkin sanggup membuang mak seperti mana dengan abang dan kakaknya yang lain. Sangkaan mak benar-benar meleset. Usu langsung membuang mak bagaikan sampah selepas dia berkahwin dengan adik sepupu Menteri Kabinet. Malu katanya dengan mak. Malu dengan pembawaan mak. Malu dengan pemakaian mak. Malu segala-galanya dengan apa yang ada pada mak. Mak adalah satu kehinaan bagi Usu untuk ditonjolkan kepada keluarga iparnya. Malu bermakkan seorang perempuan tua yang sudah berkedut seribu dimamah us ia ini. Malu sebab semua pakaian mak lusuh dan tidak sedap dipandang mata.
Sejak dari kecil mak tatang semua anak-anak mak bagaikan menatang minyak yang penuh. Sakit pening anak-anak mak adalah sakit pening mak juga. Mak mahu melihat anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dan ternama. Hajat mak itu memang kesampaian tetapi sekiranya kini mak menutup mata, mungkin hatinya akan tersengkang dengan kesedihan yang teramat sangat kerana anak-anaknya memang berjaya. Anak-anaknya memang menjadi orang ternama tetapi anak-anaknya juga malu mengakui mak sebagai mak mereka kerana mak bukanlah dari golongan orang yang ternama. Air mata mak menitis lagi. Kesedihan mak memang tidak dapat dibayangkan lagi. Alangkah bahagianya jika mak dapat mencontohi opah yang kini hidup senang lenang walaupun hanya membesarkan anak-anak tiri dan anaknya sendiri yang seramai 11 orang. Tiada seorang pun daripada mereka yang melupakan opah. Tidak pernah rumah opah sepi dari gelak tawa cucu-cucunya. Rumah mak terus sepi. Sepi bagaikan berada dihujung dunia. Sepi bagaikan langsung tiada berpenghuni. Sepi dengan segala-galanya.
Mak sangkakan bahawa anak-anak mak akan mencontohi jejak langkah pakcik dan makciknya (adik beradik aruah ayah), malangnya air mata mak mengalir lagi. Lesu hatinya memikirkan kesuraman hidupnya. Hanya air mata terus mengalir menemani mak.
"Opah! Opah!" "Assalamualaikum!" "Opah! Opah!" Hati mak tersentak. Sudah meninggi matahari rupanya. Segera mak menyeka air matanya daripada terus mengalir. "Hah..Kamarul masuklah"
Mak melihat dengan sayu kedatangan cucunya yang rajin menziarahnya itu. Ditangannya dibawanya bekas makanan yang dibawa dari rumah Halimah, anak sulungnya yang duduk jauhnya 3 lorong dari rumahnya itu.
"Apa khabar opah, ni ada mak buatkan lauk gulai masam tempoyak yang opah hendakkan semalam tu," Kamarul dengan segera menyalinkan bekas-bekas makanan yang dibawanya ke dalam pinggan.
"Kenapa mata opah merah? Opah menangis ke?" Kamarul mula merapati mak.
Hati mak tersentuh lagi.Air matanya terus mengalir. Kalau tidak kerana Halimah, anak sulungnya, sudah lama dia mati kelaparan di sini. Tapi apa boleh buat, Halimah kini milik Bakar, suaminya. Mak masih ingat lagi kerana maklah nyaris Halimah dan Bakar berbalah sampai nak jatuh talak. Mujurlah mak segera ambil tindakan segera balik semula ke rumahnya. Apakah malang nasibnya. Ada anak yang mengambil berat tentangnya, menantunya pula tak suka. Hiba.
Mak memandang jauh keluar jendela rumah. Entahlah kenapa sejak kebelakangan ini hatinya begitu mudah terusik. Kenapa sekarang memori kenangan silam begitu ligat berputar di dalam lingkaran otaknya. Kenapa sekarang barulah mak benar-benar mengalami kesunyian itu.
Kerisauan mak semakin ketara bila Kamarul memberitahunya bahawa Usu akan melahirkan anaknya bila-bila masa sahaja. Hati mak begitu teringin melihat cucunya. Cucu yang mungkin akan ditatapnya buat kali terakhir. Kali terakhir sebelum nafasnya terhenti. Hati mak meronta-ronta untuk menghubungi Usu. Bagaikan diseru, anak mak Angah Kamariah singgah ke rumah hari ini. Mak gembira bukan kepalang. Hatinya meminta agar Angah Kamariah dapat menelefon Usu. Mak teringin sangat untuk bercakap dengan Usu. Mak teringin untuk melihat cucu mak yang bakal lahir itu. Mak benar-benar kepingin.
"Mak jangan buat tabiat! Duduk ajelah kat rumah ni. Janganle nak gatal nak berjalan ke rumah Usu," bentak Kamariah. Mak tergamam. Air mata mak mengalir lagi.
"Aku bukan apa, aku teringin sangat jumpa Usu, sekurang-kurangnya kau tolonglah tekankan nombor telefon dia.biar aku yang cakap dengan dia.."rayu mak pada Angah Kamariah. "Hish.menyusah aje orang tua ni..tak faham-faham ke.orang kata tak nak! Tak nak le! Jangan pandai-pandai nak telefon Usu, karang menyusahkan dia aje. Malu orang tengok mak nanti," Hati mak semakin hiba. Terguris pilu yang tiada berdarah tetapi kepedihan itu amat memeritkan. Adakah semua anak-anaknya malu sebab beribukan seorang perempuan kampung sepertinya.
Hati mak semakin diruntuh dengan sebak yang amat mendalam. Dalam hati kecilnya terselit seribu penyesalan yang teramat sangat. Menyesal kerana melahirkan anak-anaknya selama ini. Menyesal mengandungkan kesemua anak-anaknya selama 9 bulan 2 minggu selama ini. Air mata mak mengalir lagi. Sebak di dadanya tiada ubatnya. Keruan hatinya semakin melarat. Kekecewaan bergelinang di lubuk hatinya.
Hati tuanya kian terusik. Pusara ayah diziarahinya. Batu sungai yang menjadi nisan persemadian ayah, mak dakap, mak peluk. Air matanya mengalir. Empangan air matanya sendiri tidak dapat menahan rasa sebak di hati ini. Air mata itu semakin deras mengalir. Pada siapa lagi yang boleh mak luahkan. Pada pusara ayahlah tempat mak mengadu segala rasa sebak di dadanya. Mak berharap agar roh ayah dapat melihat betapa deritanya hidup mak kini. Mak harap roh ayah dapat merasakan kelukaan di hati tuanya kini. Itulah harapan mak. Walaupun mak tahu apa yang mak buatkan ini seolah-olah menyalahkan takdir yang menentukan tapi mak terpaksa meluahkan kekusutan hati tuanya itu. Sebak dalam dadanya yang kian bersarang. Semakin deras air mata mak melepasi empangannya. Semakin lama semakin deras. Kesyahduan petang ini berhiaskan kesuraman ufuk kirmizi bagaikan berkabung dengan penderitaan yang mak alami. Kemerahan suasana suram ini bagaikan bermurung dengan semua kesayuan yang mak pendamkan di hati tuanya.
"Mak ke mana tadi?" jerkah Angah Kamariah sebaik sahaja mak menjejakkan kakinya di ambang pintu.
Hati mak semakin merekah kesedihan.
"Mak tak dengar ke apa yang saya tanya ni?" semakin kuat jerkahan Angah Kamariah.
"Kau tak boleh tanya aku dengan baik ke Angah? Kau ingat aku ni pekak ke? Kau tak tahu aku ni siapa yang kau nak jerkah-jerkah? Aku ni kan mak kau!" dalam hiba mak melepaskan segala yang terpendam di dalam dadanya. Perasaan ini tidak dapat ditahannya lagi.
"Angah tanya mak tu dari mana? Mak bukannya sihat lagi. Kalau berlaku apa-apa siapa yang susah. Angah juga yang susah. Cubalah dah tua-tua tu duduk kat rumah. Janganle gatal nak berjalan ke sana sini. Nanti siapa yang susah!"
"Apa yang kamu susahkan. Kalau aku mati lagi kamu suka. Bukan begitu?" Luahan mak bagaikan gunung berapi yang meletus. "Apa yang mak cakapkan ni?" pintas Angah.
"Kamu dulu masa kecil aku jaga, aku tatang tapi kamu layan aku macam aku ni orang gaji. Kamu ndak herdik ke? Ndak marah ke? Kamu ingat aku ni tak ada perasaan ke? Kamu ingat aku ni orang tua tumpul ke?" Air mata mak semakin tidak boleh disekat. Jelas di raut mukanya mak ingin melepaskan segala-galanya. Melepaskan apa yang terbuku di dalam sanubarinya selama ini. Biarlah Angah mengatakannya sebagai mengungkit segala kisah silam tapi itulah yang ingin dilafazkan oleh mak. Mak inginkan ketenangan dulu maka biarlah mak meluahkan kebukuan dihati tuanya ini.
"Mak.. Angah tak kata begitu, mak jangan salah sangka!" Angah bagaikan terpana dengan hirisan hati mak. Cetusan yang mak sampaikan bagaikan halilintar yang menyentak keperibadian Angah Kamariah. Angah Kamariah bagaikan cuba berselindung di balik tirai yang jarang. Menipu keadaan memaksa perasaan. "Selama ini aku bersusah payah membesarkan kamu semua. Pernah kamu berterima kasih dengan segala apa yang aku berikan!" cetusan mak semakin menyala.
"Pernah kamu bertanya tentang perasaan aku? Kesepian aku selepas ayah kamu pergi? Pernah kamu kisahkan semua itu?" Air mata mak tidak dapat dikekang lagi. Mengalir sekali lagi. Harapannya untuk kali yang terakhir untuk tumpah menimpa bumi. Melepaskan perasaan yang terbukam sepi dalam sendu hatinya.
"Kau buat aku macam abdi sahaja dalam rumah ni. dan semua anak-anak yang aku lahirkan semuanya sama. Mentang-mentanglah aku ni hanya perempuan kampung. Selama ini aku bangga dengan semua anak-anak aku. Semasa kecil aku tatang bagaikan minyak yang penuh. Habis barang kemas aku gadaikan demi pelajaran anak-anak aku. Tapi aku silap... aku sebenarnya telah melahirkan tuan kepada aku. Tuan besar yang menganggap aku ni hamba abdi mereka. Seolah aku ni tidak layak dipanggil mak. Aku tidak layak menyatakan syurga itu di bawah telapak kakiku,
"Ketenangan hati mak yang tergugat akhirnya goyah. Kesetian hati tuanya pada kesuraman jiwa dan perasaan akhirnya meledakkan sebuah perasaan yang menggentaskan sanubari. Mak rebah selepas itu. Angah Kamariah tergopoh gapah. Air mata Angah Kamariah jelas mengalir. Jelas dalam kesamaran. Antara kesedaran dan keinsafan. Angah Kamariah bagaikan terpukul melihatkan dalam rebah mak yang dilinangi air mata tuanya, riak mukanya bagaikan tersenyum. Tersenyum kerana semuanya telah berakhir.
"Mak!!!!!!!" Hanya itu sahajalah yang mampu Angah Kamariah lafazkan.
#p.s - berbaiklah dengan kedua orang tuamu sebelum mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ingatlah bahawa jasa mereka dalam melahirkan dan membesarkan kita semua terlalu berharga dan jangan disesalkan akan pemergian mereka ke pangkuan Ilahi.

Assalammualaikum...................

Lama iza tak berblog bukan apa rasa macam malas je nak berblog sejak pindah tempat baru.... nanti bila iza dah tak bermalasan nanti za berblog balik